PERATURAN DI PERPUSTAKAAN
Disiplin
Disiplin
1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
10. Pelajar dikehendaki menanggalkan kasut dan meletakkannya di rak yang disediakan.
11. Pelajar tidak dibenarkan berada di bahagian kaunter edaran dan pulangan kecuali pengawas PSS.
Bahan-bahan Perpustakaan
1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
3. Buku-buku yang telah digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.
4. Buku-buku rujukan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru perpustakaan.
Pakaian
1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.
Peringatan:
Tindakan boleh diambil kepada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan
PERATURAN DI BILIK TAYANG
PERATURAN DI BILIK TAYANG
1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik tayang.
2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik audio visual.
3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik audio visual semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik tayang di tempat yang disediakan.
7. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan Bilik Tayang
Bahan-bahan bilik audio visual
1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
2. Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.
Pakaian
1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik audio visual.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik audio visual.
Peringatan:
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik tayang.
PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU
PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU
1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Tayang)
2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
6. Guru perlu merancang aktiviti sebelum menggunakan PSS.
KERJASAMA SEMUA AMAT DIHARAPKAN.
ARAHAN: PENGERUSI PUSAT SUMBER
KERJASAMA SEMUA AMAT DIHARAPKAN.
ARAHAN: PENGERUSI PUSAT SUMBER